semalam....saya amat sedih...saya dimarahi oleh cikgu...sampai kene duk belakang kelas...haha...tapi cikgu kata saya pelajar tak berkualiti...saya dah usaha bersungguh sungguh...tapi kenapa saya yang kene...bukan saya tak nak siapkan tapi saya banyak masalah...dengan monitor comp rosak lagi...cmne saya nak buat keje skola...saya mintak maaf cikgu!saya tak siapkan keje skola...dan amat sedih bila mengenangkan susah payah saya keje, terkejar sana sini....only God know my feel.... =( kepada kawan2,pastikan keje skola siap...bagi y kt Univ ke poli ke pastikan assignment siap...jgn jadi mcm saya...
Karangan STPM - Faktor-faktor hilang semangat kejiranan (isi)
Peribahasa ‘bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’ sesuai menggambarkan sikap masyarakat kita pada masa ini. Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakt kita, terutamanya warga kota, disifatkan sebagai enau dalam pepatah tersebut kerana hanya mementingkan diri sendiri dan bersikap individualistik. Natijahnya, kita lebih suka hidup menyendiri dan semangat kejiranan yang dulunya menjadi teras masyarakat kita, sudah kian pudar dan luntur. Hakikat ini amat membimbangkan kerana semangat kejiranan, yakni semangat yang dimiliki oleh ahli-ahli masyarakat untuk menjaga kebajikan dan kepentingan anggota masyarakat yang lain, sangat diperlukan untuk menjamin perpaduan masyarakat. Oleh yang demikian, kita perlu meneliti faktor-faktor yang telah menyebabkan perubahan sikap masyarakat kita. Dalam pada itu, pendidikan memainkan peranan yang penting. Peluang pendidikan yang semakin meluas telah pun berjaya menghapuskan buta huruf dan meningkatkan daya pemikirana serta pengetahuan masy...
Comments
Post a Comment