Kerja sia-sia??

Badan lesu penat bekerja,
luka terjatuh tersadung di batu;
Assalamualaikum kata pembuka bicara,
salah silap harap dibantu...=)

hehe...tetiba nak start pantun pulak....anyway, cerita tak banyak la,just nak kongsi sesuatu perkara yang bermanfaat je.....harap apa yang saya kongsi ini dapat membantu sahabat2 yang lain ye....=)

Nak kata seseorang tu tak  buat kerja sia-sia dalam sehari, memang tak boleh percaya pun...haha...ada kala apa yang kita buat tu kita tak sedar yang kita telah melakukan sesuatu perkara yang sia-sia....saya pun sama...hehe....

Namun begitu, kita tidak perlu menyalahkan sesiapa atas apa yang terjadi....setiap manusia tu memang tak dapat lari dari melakukan kesilapan....

macam dalam kehidupan seharian, bercerita tentang benda yang tak berfaedah pun kerja  yang sia-sia...dah la sia-sia, kalau dah tahap mengumpat tu berdosa dah tu....(eh,cakap orang, dia pun sama =P)

haha..tapi kita harus ingat...Allah menjadikan manusia ni dengan sebab yang sangat banyak...
manusia ni adalah bersifat baharu, iaitu setiap hari kita akan mengalami sesuatu perkara yang baharu....
Tapi! seseorang itu belum boleh dikatakan bersifat baharu jika imannya tidak diperbaharui....bukan senang nak tingkatkan keimanan ni...banyak sangat dugaan! dugaan dari kawan-kawan, duit, makanan (lagi2 bulan puasa ni..hehe), kadang2 tu kekayaan pun satu dugaan jugak....

Sahabat2 ku sekalian....
apa saje yang kita lakukan di dunia ni semuanya dicatat dalam buku amalan kita...dalam hidup ni sifat berhati-hati tu sangat penting agar kita tak terpesong dari jalan yang lurus...ingatlah, jalan yang patut kita  ikuti adalah jalan yang benar....=)

,maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalnya)!. dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalnya)!

(Al-Zalzalah : 99 : 7-8)

Allah janjikan ganjaran yang besar jika kita berjihad kearah yang lebih baik...=)
Assalamualaikum...

Comments

Popular posts from this blog

Karangan STPM - Faktor-faktor hilang semangat kejiranan (isi)

Geografi Alam Sekitar Fizikal -Bahangan Matahari,Bahangan bumi,proses-proses yang terlibat dalam imbangan Haba

Karangan STPM - Kepentingan Sukan (isi)