Kegelapan yang Merantai Hati

assalamualaikum....=)

hari ni program Tanyalah Ustaz di TV9, 8 Februari 2013
tajuk - Menggilap Hati
Penceramah - ustaz Sharhan Safie


Adanya perasaan ego, sombong, takabbur ini telah menutup jalan kita dalam melakukan perkara-perkara yang mahmudah...

Takabbur dan sombong ini dikatakan sebagai sifat yang mazmumah apabila dilihat daripada peristiwa yang berlaku apabila Allah SWT menyeru semua makhluk untuk sujud kepada Nabi Adam A.S...semuanya sujud kecuali Azazil...dan apabila Azazil ini tidak mahu sujud, maka Azazil(iblis) ini jadilah penghuni neraka...

begitu juga peristiwa yang berlaku pada zaman Firaun Laknatullah apabila Firaun itu mengumpulkan orang ramai dan berkata kepada orang ramai bahawa dia adalah tuhan untuk semua orang sehinggakan syaitan pengsan mendengar penyataan itu...

Cara untuk mengubat hati
- Ianya bermula dengan diri sendiri - kita juga tidak mahu kita tergolong dalam golongan yang dilabel sebagai orang yang dikunci hati mereka dan tidak suka tengok perkara yng terpuji serta suka melakukan perkara yang keji

- Rasulullah SAW telah mengajar kita cara untuk merawat hati - zikir dan doa terapi hati dan diri....
contohnya =
laa ilaha illa anta subhaanaka inni kuntum minazzolimin

Maksud: “Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”
Doa nabi Yunus.. (Al Anbiya 21:87)

merawat jiwa yang lara dengan dosa dan noda dunia......kumpul kekuatan untuk menentang kejahatan...=)

assalamualaikum =)

Comments

Popular posts from this blog

Karangan STPM - Faktor-faktor hilang semangat kejiranan (isi)

Geografi Alam Sekitar Fizikal -Bahangan Matahari,Bahangan bumi,proses-proses yang terlibat dalam imbangan Haba

Karangan STPM - Kepentingan Sukan (isi)