sebuah cinta kekal abadi =)
Assalamualaikum...=) nak cakap sikit....hee
Dalam kita sibuk-sibuk dengan hal dunia, kita sering terlupa sesuatu perkara yang selama ni orang tak ambil berat sangat..
orang selalu kata, cinta itu buta, cinta itu perlukan pengorbanan, cinta tu indah...tapi ada ke kita benar-benar pasti apa yang kita cintakan itu....?tidak bukan...
kalau nak tau cinta yang hakiki, kita duduk rehat2, santai2...ingat balik:
kita dalam agama mana,
apa yang kita bawa dalam agama kita
siapa pemimpin kita
siapakah yang paling banyak menyumbang dalam agama kita
siapa yang sanggup mencurahkan cintanya kepada orang yang sentiasa mengkhianatinya....
mungkin anda kenal Nabi Muhammad SAW bukan...?
kasih sayang, cintanya terhadap kita amat kuat dan pemergiannya meninggalkan sejuta kesedihan dalam kalangan umat Islam di dunia ini....sehinggakan saat baginda Rasulullah SAW dalam keadaan nazak, baginda masih lagi memikirkan umatnya...tapi kita?adil ke kalau kita tak memikirkan Rasulullah SAW....?
sahabat-sahabatku sekalian... =) cintailah dia yang bernama Muhammad bin Abdullah iaitu Nabi Muhammad SAW kerana cintanya baginda kepada kita, tiada tolok bandingannya....
sama-sama kita berselawat Allahumma Solli 'ala Muhammad, wa'ala alihi wa ashabihi ajma'in =)
sabarlah kepada mereka yang merindui Rasulullah SAW, sentiasalah mengamalkan sunnah, InshaaAllah kita berada dalam kalangan orang yang bersama-sama Rasulullah SAW memasuki syurga =)
Comments
Post a Comment