Kami bersama-sama Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
assalamualaikum dan selamat pagi =) okay, memang dah lama tak bukak blog, tapi still nak update...hehe dalam minggu ni saje, ada satu cerita yang menyedihkan bagi umat Islam di Malaysia... saya sangat terkejut apabila mendengar kahabar yang mengatakan seorang ulama' kini disekat untuk memasuki Malaysia dan bagi saya, itu adalah satu bala yang amat besar bagi umat Islam di Malaysia... kita ni sebagai orang yang cetek ilmunya, jangan terlalu berlagak dengan menilai ulama' dari aspek betul silapnya, buruk baiknya, kerana apa?kerana ulama' itu ilmunya penuh di dada, menuntut ilmu itu makanan ruji mereka, Al-quran itu minuman setiap masa, tasbih dan zikir itu menemani langkah-langkahnya... kita ni, sebagai manusia sendiri, suka menilai orang, tak kira lah silap itu dilakukan cuma sekali, tapi kesilapan itu lah yang kita sentiasa pandang, bukan pandang pada kebaikan... saya yakin dengan JAKIM kerana tidak menghalang ulama'-ulama' dari luar negara untuk berdakwa...