Pemuda Pemudi yang Bijak itu......

Assalamualaikum dan selamat pagi...

ha...masa ni lah boleh update blog...haha...memandangkan lama dah tak update, ada banyak cerita =)

sepanjang cuti ni, apa yang teman tengok, yang pertama sekali adalah diri teman ni...
dalam cuti ni, ibadah pun seperti bercuti juga, hati ni juga menjadi semakin gelap...
tapi jauh dari sudut hati teman ni, teman nak tingkatkan iman balik, teman memang tak boleh nak elak dari turun naik iman sebab teman ni manusia...tapi teman tau teman boleh berubah... =)

dalam kita menjadi seorang manusia, apa yang perlu kita titikberatkan adalah rasa hormat...tak kesah la hang tu belajar ke, kerja ke, yang penting hang hormat siapa yang bagi hang ilmu, bagi hang peluang untuk hidup...sememangnya yang memberi segalanya itu adalah Allah SWT, dan Dia memberi melalui makhluk yang Dia cipta...

kita sebagai anak, kena hormat ibu bapa...seperti kata Habib Ali Zaenal Abidin, tak kira lah ibu ayah berleter ke, dengar je lah mereka bercakap...yang penting tu kita kena hormat setiap apa yang mereka perkatakan selagi tidak keluar dari landasan agama...

kita sebagai seorang pekerja, kita kena hormat siapa majikan kita...ada masa, majikan kita itu memberi nasihat yang berguna untuk kita...kadang-kadang majikan itu sendiri telah memberi banyak kemudahan untuk kita sebagai seorang pekerja..tapi bukan bermakna kita boleh buat suka hati atas kemudahan tersebut dan menganggap diri kita sebagai bos....bersyukurlah atas kesenangan tu, bukan semua benda kita boleh dapat hanya dengan mengikut hati...

begitu juga dengan warga yang lebih berusia....kadang kala ada remaja atau belia yang lebih muda menegur anda, mungkin itu untuk kebaikan anda...dan sepatutnya anda menerima teguran itu dengan hati yang terbuka, bukan dengan menganggap diri anda semuanya betul...terimalah pendapat masing-masing, untuk kemudahan kita dalam mengutarakan buah fikiran...

tak kira lah kt mana je korang berdiri, yang penting, hormat....
jangan sampai orang hilang hormat dengan kita hanya kerana sikap kita yang tidak reti untuk menghormati...

salam syawal  daripada saya, Miftahul Khair a.k.a Chiko... =)

Comments

Popular posts from this blog

Karangan STPM - Faktor-faktor hilang semangat kejiranan (isi)

Geografi Alam Sekitar Fizikal -Bahangan Matahari,Bahangan bumi,proses-proses yang terlibat dalam imbangan Haba

Karangan STPM - Kepentingan Sukan (isi)