Iman dan Cara Menggerakkannya

assalamualaikum dan salam sejahtera =)

haaa...sedikit perkongsian untuk sahabat2,

Di dalam majlis yang dihadiri oleh Habib Kadzim Jaafar As-Saqqaf, Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari dan Ustaz Ahmad Zaimi, tausiyah yang diberikan oleh Habib Kadzim Jaafar As-Saqqaf, anologi yang diberikan amat mudah untuk difahami, tausiyahnya diterjemahkan oleh Ustaz Ahmad Zaimi.

Diterangkan mengenai bagaimana untuk menggerakkan iman supaya lebih meningkat dengan memberi anologi teh, gula dan sudu.

Teh yang dituang ke dalam cawan, dan dimasukkan ke dalam teh tersebut gula, tetapi teh dan gula itu tidak dikacau menggunakan sudu. oleh yang demikian, mereka yang minum teh tersebut tidak dapat merasakan kemanisan. Lalu dikacau teh tersebut menggunakan sudu, lalu mereka yang minum teh tersebut dapat merasakan kemanisan.

Begitu juga lah hati dan iman kita. Teh itu ibarat hati, gula ibarat iman, sudu ibarat perkara yang menggerakkan iman. Untuk merasakan kemanisan iman itu, kita kena ada satu perkara atau amalan supaya kemanisan iman itu dapat dicapai. Di dalam erti kata lain, iman itu akan sentiasa diperbaharui dan meningkat dengan terlaksananya amalan ke atas ilmu yang kita pelajari.

sentiasalah berselawat ke atas Rasulullah SAW kerana dengan berselawat, kemanisan dalam mencintai Rasulullah itu akan dapat dirasai. Berselawatlah seperti 100 kali selepas solat, maka akan lahirlah rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW.

- Tausiyah Maghrib
- Masjid At-Taqwa, Kuching

- Maulid Rasulullah



Comments

Popular posts from this blog

Karangan STPM - Faktor-faktor hilang semangat kejiranan (isi)

Geografi Alam Sekitar Fizikal -Bahangan Matahari,Bahangan bumi,proses-proses yang terlibat dalam imbangan Haba

Karangan STPM - Kepentingan Sukan (isi)