Kelebihan Bulan Penuh Rahmat

assalamualaikum dan salam sejahtera semua... =D

Okay hari ni kita taknak cerita pasal hujan dengan botol air dah, hari ni kita cerita yang lagi best!!haha..nak tau ape? Okay baca entri ni sampai habis ya...tak baca sampai habis, siap!!haha....

Okay hari ni merupakan hari yang In Shaa Allah kita dikurniakan rahmat dan berkat daripada Allah SWT untuk kita sama-sama bertemu sesama sahabat, untuk kita merapatkan lagi silaturrahim. Baik, hari ni nak cerita pasal apa eh? Mungkin ni dah terlalu mainstream lah kot untuk semua yang baca ni.

Hari ni kita cerita sikit lah pasal satu gelombang rahmat yang akan sampai tak lama lagi...iaitu bulan RAMADHAN, bulan penuh berkat dan rahmat...

Haaaaaaa....mesti korang semua dah biasa sangat kan bila dengar pasal bulan Ramadhan ni...Bila nak dekat bulan Ramadhan je, baru lah berkobar-kobar hati tu nak buat baik sentiasa kan?hahahaha....Semestinya ramai yang menantikan ketibaan bulan Ramadhan ni, sebab bulan Ramadhan ni merupakan satu bulan yang anugerah yang turun daripada Allah SWT tu bukan ada pada bulan-bulan lain, dan setiap bulan di dalam bulan Islam itu, kurniaan Allah itu sentiasa ada dan ada speciality dia...hahaha

Tapi dalam bulan Ramadhan ni, salah satu sebab kenapa bila nak dekat-dekat Ramadhan saja, ramai dalam hati ada semangat nak datang surau, datang masjid, derma banyak-banyak, solat sunat tak tinggal, segala macam lagi lah. Dalam kitab Fadhilat Ramadhan, diterangkan bahawa pada bulan Ramadhan ni, kurniaan Allah itu, solat sunatnya seperti solat fardhu dan solat fardhu itu seperti 70 kali ganda pahala solat fardhu (mohon betulkan saya kalau saya salah).

Dalam bulan Ramadhan ni lah, kita mulakan sesuatu dengan kebaikan, bukan dalam bulan Ramadhan sahaja, tapi dalam bulan-bulan lain jugak. Cuma ramai menjadikan bulan Ramadhan ni sebagai permulaan kepada perubahan, sebab ada satu perkara yang special yang semua orang terkejar-kejar. Malam LAILATUL QADR.

Bulan Ramadhan, jadikan bulan Ramadhan ini sebagai permulaan kepada satu perubahan dalam diri walaupun perubahan itu adalah sekecil batu di tepi jalan, In Shaa Allah dengan perubahan ke arah kebaikan itu, terselitnya berkat dan rahmat Allah SWT. Kepada semua sahabat-sahabat, jadikan bulan Ramadhan ini, bulan untuk kita bertemu, mengeratkan silaturrahim, jangan ada sengketa antara kita. Mungkin ini Ramadhan yang terakhir buat kita, siapa yang tahu kan? =)

Yang paling penting tu, jangan pandang seseorang yang berjinak-jinak ke arah kebaikan itu dengan pandangan yang "eh bulan puasa ni je lah nampak muka budak ni kt surau"...jangan macam tu, mungkin sahaja dia telah melalui sesuatu yang paling pahit dalam hidupnya, mungkin sahaja Allah SWT baru saja menurunkan hidayah kepada diri beliau, mungkin sahaja dengan permulaan dia datang ke surau, itu adalah pemulaan dia ke arah menjadi mukmin yang berjaya. Gunakan mata kita untuk melihat kelebihan orang lain dan juga melihat kekurangan diri kita sendiri.

eh banyak pulak kita cakap....hahaha...semoga kita, umat Islam, dapat bersatu membangunkan masyarakat Islam yang harmoni dengan adanya sifat kasih mengasihi di antara kita.

p/s: Banyakkan selawat, doalah moga-moga malam ni kita bertemu dengan Rasulullah SAW dalam mimpi. Nak tau rupa Rasulullah SAW tu macam mana, pergi mengaji kitab Syamail Muhammadiyah karangan Imam At-Tirmidzi. Semoga kita sentiasa dalam kalangan umat Rasulullah SAW =)


Comments

Popular posts from this blog

Karangan STPM - Faktor-faktor hilang semangat kejiranan (isi)

Geografi Alam Sekitar Fizikal -Bahangan Matahari,Bahangan bumi,proses-proses yang terlibat dalam imbangan Haba

Karangan STPM - Kepentingan Sukan (isi)