Emosi Boneka: Permulaan untuk menjadi luar biasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya...mohon kalau ada masa, baca lah sikit review ni, moga-moga bermanfaat untuk semua :)

Isi-isi yang terkandung dalam Emosi Boneka ni, membuat saya terpanggil untuk membuat sikit review. tapi, nota kepada penulis, mohon maaf kalau review ini dilihat bercanggah sedikit dengan pemahaman penulis. haha.

Penulisan puisi yang berunsur monolog, tidak terlalu banyak bunga dan kias dalam kata, ringan. Kalau nak dibandingkan dengan penulisan yang lain, Emosi Boneka, karya sulung saudari Jumiatul Hidayah Roslim, merupakan satu usaha untuk kita sendiri sedar, daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Penulisan beliau tidak terlalu berat dan mudah untuk difahami, dan genre penulisan beliau bukan penulisan genre ahlif falsafah, tetapi lebih kepada bahasa biasa, bahasa formal dalam puisi, sebab penulis tahu sasaran pembaca karya ini adalah remaja yang tak suka bahasa terlalu formal macam buku politik karya Syed Serajul Islam...hahahaha

Apa yang cuba disampaikan oleh penulis cukup mudah, seperti anologi lampu suluh yang tidak diisi dengan bateri, maka tidak akan menyala. Jadi, penulis meletakkan penulisan beliau sebagai bateri dan lampu suluh itu merupakan pembaca. Bateri yang diisi menyebabkan lampu suluh itu menyala, begitu juga penulisan beliau yang dilihat sebagai bateri yang membantu mengeluarkan sedikit cahaya bagi pembaca.

Emosi Boneka ini, untuk dorongan bagi mereka yang bermula untuk berubah. Penulis ini, kehidupannya dahulu biasa-biasa sahaja, seperti orang lain yang perasaannya mudah tersentuh, sehingga membawa diri beliau untuk menjadi manusia luar biasa. Penulisan ini mendidik kita untuk mencari siapa diri kita, persepsi kita, pendirian kita.

Beliau sempat memberikan anologi "kecil-kecil cili padi, makin banyak makin berapi". Mustahil yang kecil ni boleh mengalirkan air mata, tapi bila dah rasa, ya memang mengalir air mata. Kalau ikut logik semata, maka kau merasa seksanya, tapi kalau bersandarkan ilmu, kau terjaga.

Ah malaslah nak formal sangat tulisan...wahahahaha
aku ni jenis yang kalau kawan, sebolehnya aku anggap dia sahabat, dunia dan akhirat. Penulis ni, buat aku rasa, aku rindukan sahabat, yang dulu duduk satu meja panjang, gelak kuat-kuat, borak macam orang tak ingat dunia...hahaha...tapi bila kita sedar, ya, itu dia sahabat, bukan masa gelak, masa aku nangis pun dia ada, dan sahabat tu, bila aku jenguk kat luar tingkap bilik, aku nampak dia :)

Pandai penulis ni buat aku ingat dekat mak dengan ayah aku.
"Ayah nyanyi lagu Kun Anta
tapi cara ayah la,
sungguh lah ayah sedang jadi diri sendiri."
Nak bahagia tu, ia ada pada ayah dan ibu, tidak kira masih ada atau sudah tiada, kalau terlintas ibu bapa kat fikiran, maka hati kau bahagia, jiwa rasa tenang, semangat kembali kuat.

Penulis ni, aku rasa dia memang dendam kesumat niat dia nak pergi ke Syria untuk tolong saudara-saudara dekat sana, sebab bila dia menulis, dia boleh tunjukkan keinginan dia yang kuat melalui perkataan dan ayat yang cukup ringkas tapi maksudnya mendalam.

Tertarik aku dengan niat dia yang teguh dengan pakaian yang dia kenakan pada diri dia, niqab. Sebelum tu aku terangkan dulu eh, kalau ada perangai yang pelik budak-budak yang pakai niqab ni buat, kau jangan prasangka buruk, sebab untuk dia pakai macam tu, perjuangan dia untuk menjadi orang yang solehah, bukan mudah, kadang kala ada lack yang dia buat, tapi dia tau, Allah lebih mengenali siapa dia. Dia mengenakan niqab, sebab dengan niqab, dia terjaga. Sebab apa dia cakap macam tu?sebab bila dia pakai, dalam jiwa dia ada satu adrenaline yang membuatkan dia kembali semangat untuk menjadi seorang yang baik. sebab tu aku cakap, penulis ni, tak mustahil untuk dia jadi orang yang luar biasa sebab dugaannya bukan biasa-biasa.

So, kalau nak tulis banyak lagi, macam take time pulak kan?hahahaha..nanti kita sembang lagi ya....

Bagi aku, orang yang perlu baca karya ni, orang yang rasa nak berubah, tapi tak berubah dengan alasan hidayah belum sampai, so aku bagi satu indikator, ni dia Emosi Boneka by Jumiatul Hidayah Roslim, so Hidayah dah sampai...agak-agak boleh tak macam tu?wahahaha...korang semua patut baca guys, at least kalau korang tak minat dengan genre yang dia bawak, dari sudut penerangan maksudnya, mantap dan terbaik...Selamat membaca guys :)

p/s: kepada penulis, jangan berhenti menulis, walaupun penulisan tak sefalsafah macam ahli falsafah yang selalu sembang kencang pasal politik dan isu semasa, tapi permulaan untuk yang menjadi luar biasa itu, sudah ada. Wanita biasa-biasa banyak, tapi wanita yang luar biasa, dia terlindung, tapi bercahaya, dan tak mustahil, cahaya itu adalah kamu.

kita nak review tak pandai, so bahasa pun bahasa pasar lah..maaf ya penulis...wahahaha


Comments

Popular posts from this blog

Karangan STPM - Faktor-faktor hilang semangat kejiranan (isi)

Geografi Alam Sekitar Fizikal -Bahangan Matahari,Bahangan bumi,proses-proses yang terlibat dalam imbangan Haba

Karangan STPM - Kepentingan Sukan (isi)