Aku punya seorang sahabat

Aku punya seorang sahabat,
Aku lihat dia, dia seperti aku,
sepertinya adalah cerminan diri aku,
masih mencari sinar harapan.

Aku punya seorang sahabat,
sentiasa manis senyumnya,
sudah pasti baik budi pekertinya,
baik juga hatinya.

Aku punya seorang sahabat,
yang aku tahu hidupnya sukar,
kesilapannya dahulu menghantui dirinya,
sesekali dia terlihatkan sifatnya yang dahulu,
namun aku terima.

Aku punya seorang sahabat,
dahulunya telah melakukan kesilapan besar,
masyarakat juga tidak mungkin menerimanya,
tapi aku cukup gembira,
Tuhan mengurniakan aku,
seorang sahabat,
yang mengajar erti kepahitan hidup.

Aku punya seorang sahabat,
yang aku sentiasa doakan,
kekuatan baginya,
untuk ke arah yang lebih baik.

Semuanya kerana,
aku punya seorang sahabat.

- miftah -

Comments

  1. All the best Abang miftah,
    Teruskan menjadi yg trbaik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Karangan STPM - Faktor-faktor hilang semangat kejiranan (isi)

Geografi Alam Sekitar Fizikal -Bahangan Matahari,Bahangan bumi,proses-proses yang terlibat dalam imbangan Haba

Karangan STPM - Kepentingan Sukan (isi)