Semua tu bukan sebab Haters, tapi.......

Bila bercakap pasal haters  ni, aku suka dengar. Tak tahu lah kalau korang tak suka dengar. Haha. Haters ni memang sinonim lah dengan generasi sekarang, kalau marah tu memang akan guna perkataan ni. Haha.

"Haters gonna hates"
"Kepada semua haters kt luar sana, aku tengah happy dengan hidup aku"
"To my haters, sila meninggal"

Haha. Tu antara ayatnya lah.
Actually guys, bila kita menggunakan perkataan macam ni, sebenarnya kita telah membenarkan satu tenaga masuk ke dalam diri kita. TENAGA NEGATIF. 

Macam mana tenaga ni wujud, bila kita sendiri rasa insecure dengan kejayaan kita sendiri. Ya, kita adalah seorang yang berjaya, tapi bila orang menegur, kita ingat teguran tu untuk menjatuhkan kita. Akhirnya, yang menanam sifat negatif berburuk sangka itu adalah diri kita sendiri.Sebenarnya, asal kewujudan perasaan orang lain yang tidak suka akan perbuatan kita itu bukan semuanya berpunca daripada kesalahan orang lain, tetapi pada diri kita sendiri.

Sebagai contoh, kau jadi artis, then ada peminat tegur kau supaya tutup aurat. Lepas tu kau balas "kalau awak berhak menegur, saya berhak juntuk pakai apa yang saya nak, goodbye haters!" *you've been blocked*. Eh kalau orang tak sayang, dia tak tegur kau lah, nasib baik yang menegur tu tak guna perkataan #silameninggal. Haha.

Dasarnya, wujudnya haters ni adalah daripada diri kita sendiri yang melabel orang-orang sekeliling kita ini haters. Kalau kita faham hakikat sebenar perasaan tidak suka terhadap sesuatu perkara tu, perasaan itu hanya sementara. Bila wujudnya orang yang tidak suka dengan kejayaan kita tu, sebenarnya mereka juga menginginkan kehidupan seperti kita, bukan sebab dia nak menjatuhkan kita. Sampai satu masa, orang yang tidak suka dengan kejayaan kita itu akan beransur positif sebab yang menjadikan dorongan untuk mereka ke peringkat yang lebih berjaya adalah diri kita.

Makanya, orang yang cemburu dengan kejayaan kita itu sebenarnya bukanlah haters seperti yang digembar-gemburkan oleh pandangan kita. Cuba lah tegur orang yang kita anggap haters tu, kita tunjukkan sikap yang baik, automatik dia akan berasa malu dengan perkataan atau perbuatan yang dia lontarkan dan kita pun mudah untuk menerima nasihat.

Nak handle haters, bukan melabel mereka haters, mungkin dia nak macam apa yang kita dapat, cuma dia tak ada suntikan positif yang akhirnya dia menanam sifat negatif, seterusnya kita pun terjebak dalam sifat negatif.

Bersangka baik tu satu kebaikan. Kita ni asyik bagi kata-kata semangat kt orang lain, tapi masih ada sisa-sisa negatif dalam diri yang kita tak sedar, kita dah tunjukkan kelemahan diri kita.

Cari kisah Rasulullah SAW, para sahabat dan pemuda di depan pintu masjid. Dari situ kita tahu ganjaran orang yang bersangka baik.
boleh bukak link ni, perkongsian mengenai orang yang bersangka baik

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1746912685588628&set=pb.100008097403939.-2207520000.1477308361.&type=3&theater

Jangan putuskan silaturrahim, nanti menyesal di akhirat :)


Comments

Popular posts from this blog

Karangan STPM - Faktor-faktor hilang semangat kejiranan (isi)

Geografi Alam Sekitar Fizikal -Bahangan Matahari,Bahangan bumi,proses-proses yang terlibat dalam imbangan Haba

Karangan STPM - Kepentingan Sukan (isi)