Kalau ada jarum yang patah


Ada di antara kita menganggap kejayaan itu adalah daripada hasil usaha kita memerah keringat siang dan malam mencari sesuap nasi demi kelangsungan hidup. Ada juga kejayaan itu dianggap seperti meredah badai di lautan. Itu sememangnya betul. Tapi, maksud kejayaan itu luas.

Menilai kejayaan itu adalah daripada diri kita sendiri, yang bermula dengan mencontohi sifat Rasulullah SAW. Peribadi yang terpuji dengan sifat kesabaran yang terlalu tinggi.

Memaafkan juga adalah satu sifat yang sepatutnya diamalkan dalam diri kita. Ada masa, kita lupa untuk memaafkan bila kita merasakan yang kita lebih tinggi daripada orang lain, jawatan lagi besar, menganggap yang betul hanyalah diri kita. Ada di antara kita berniaga, client buat hal, tapi lupa untuk memaafkan sikap client tu sendiri. Ada juga gagal dalam peperiksaan, lalu memilih untuk menyalahkan diri sendiri berbanding memaafkan diri sendiri.

Memaafkan itu satu kemanisan iman. Memaafkan bukan bermaksud kita kalah, cuma kita mengalah untuk meraih kemenangan.

Menutup tirai hari-hari kita dengan kemaafan itu adalah satu kejayaan.

Jadi, kita pilih, memaafkan orang lain ataupun gagal di akhirat?

:)

Comments

Popular posts from this blog

Karangan STPM - Faktor-faktor hilang semangat kejiranan (isi)

Geografi Alam Sekitar Fizikal -Bahangan Matahari,Bahangan bumi,proses-proses yang terlibat dalam imbangan Haba

Karangan STPM - Kepentingan Sukan (isi)