Posts

Showing posts from 2013

selamat menempuh alam peperiksaan =)

Image
assalamualaikum dan selamat sejahtera... saya di sini ingin memohon seribu kemaafan kepada anda semua tidak kira siapa... maaf atas keterlanjuran kata, tercarut kt mana2... especially kepada ibu, sori dah lama tak contact...doakan yang terb aik untuk kita ye...  semoga berjaya kawan-kawan yang bakal berjuang di jalan Allah dan yang akan mengambil peperiksaan akhir sem... dari pihak saya, saya memohon maaf, kalau ada hutang, tuntutlah kalau nak...  semoga kita dirahmati dan diberkati Allah...  wish me all the best 

Pewaris Cinta Hakiki

Image
Duduk termenung sebentar, melihat si kecil berlari-lari, sambil memikirkan masa hadapan, untuk perjalanan si kecil, moga dia tidak cedera, kerana sememangnya jalan itu berduri, sentiasa mendoakan perjalanan yang baik, untuk si kecil... Ayah....... satu teguran, dua teguran, tiga teguran, kadang-kala ianya meyempitkan jiwa, namun, tegurannya senjata menempuh, jalan yang berduri, perisai kekuatan, doanya kuat menggegar dunia, untuk si kecil meneruskan perjalanan... Ibu....... selamanya meneruskan perjalanan, sehingga diberi amaran, sehingga nadi berbicara ini berhenti, si kecil membawa sesuatu yang berharga, untuk dipersembahkan, di medan perhimpunan jutaan umat, untuk Sang Pencipta, seorang pewaris cinta hakiki, melabuhkan tirai, menutup segala buku, bersedia untuk perjalanan yang kekal abadi..... seorang pewaris cinta hakiki, mempersembahkan cinta buat ibu bapa, kerana mereka, si pewaris mengenal erti cinta... =)

ni musim raya!!

Image

sayangnya ibu...=)

Image
Duduk sambil main laptop...tiba-tiba terlihat ibu mengambil selimut yang berada di atas kerusi lalu menyelimuti adikku yang sedang tidur agar tidak diganggu nyamuk....sayangnya ibu pada adik....=) sengaja ku mengatakan 'eleh, abang tu bukan demam pun...demam yang yuk je...pagi2 bukak periuk...hahaha...'..lantas ibu berkata dengan nada yang sedikit tegas 'pergi je lah hantar abang tu ke klinik!'... melihat ibu sentiasa melihat keadaan abang ketika demam, bertanyakan sama ada abang baik2 sahaja atau tidak...sayangnya ibu pada abang.... =) walaupun kurang layanan yang diberikan kepada ku wahai ibu, itu tak bermakna kasih sayang yang aku berikan itu adalah palsu....tegasnya aku di rumah kerana terbiasanya aku untuk tidak dimanjakan...kerana aku tahu..satu hari nanti aku akan berterima kasih kepada ibu kerana berjaya mendidik ku untuk mengenali erti kasih sayang yang tiada penghujungnya... =) tiada kata selain sayang, tiada bantuan selain kudrat, tiada hadiah selain ...

puisi cinta buat Syria

Image
sebuah kisah bermulanya titik hitam bersejarah tumpah darah para syuhada' kental bertahan mengumpul kekuatan demi agama Islam yang tercinta sahabatku pergimu dengan seribu rahmat bentakmu melawan durjana pendusta darahmu mengalir bersama cinta cinta si syahid kepada Pencipta anakku di sini engkau mencari kasih di sini engkau tertawa menangis disini engkau berjuang menegakkan panji Islam kembalilah engkau kepada Ilahi saudaraku andai tanganku diberi keizinan andai diriku muncul kekuatan akan ku tunjuk bentakku kepada si durjana pendusta akan ku semai cinta di bumi mu Syria untuk mu sahabat, saudara, teman  semoga pergimu membawa seribu kenangan dalam tinta perjuanganmu bersama agama Islam yang Tercinta laa haula walaa quwwata illa billahil 'ali il'azim Hasbunallahu wani'mal wakil.. semoga kemenangan mengiringi perjuangan mu.....

Siapa mereka....? siapa kita...?

Image
Assalamualaikum... =) bila berbicara mengenai pahlawan, kita tidak dapat lari daripada tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan tenaga mereka semata-mata untuk menegakkan sesuatu perkara terutamanya untuk Islam... selalu kita dengar nama-nama ni kan....? - Saidina Abu Bakar As-siddiq - Saidina Umar Al-Khattab - Saidina Uthman Bin Affan - Saidina Ali Bin Abi Talib bila kita mengkaji semula sejarah para pejuang ini, sudah tentu mereka bukan calang-calang pejuang Islam...mereka adalah Khulafa' Ar-rasyidin....Saidina Abu Bakar As-siddiq mengembangkan syiar Islam dengan cara membanteras golongan2 murtad, Saidina Umar Al-Khattab berusaha menyatukan umat dengan penubuhan Majlis Syura,  Saidina Uthman Bin Affan dalam  peperangan Tabuk, beliau telah mendermakan hartanya iaitu 950 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1,000 dinar untuk Islam dan  Saidina Ali Bin Abi Talib orang yang paling zuhud di dunia.... kita....?apa yang kita sumbangkan untuk Islam...renung-renungkanlah... ya...kit...

Tarian Pena Mencetus Inspirasi - Konvensyen Wanita Anggun UNIMAS

Image
assalamualaikum... =) okay...hari ni kita ada sedikit pengisian untuk para sahabat.. pada hari ahad, 19 Mei 2013 Unimas telah dilawati oleh penulis yang kita amat kenali kerana kehebatannya dalam penulisan....Encik Hilal Asyraf... dalam pengisiannya, beliau menerangkan sedikit sebanyak mengenai penulisan yang baik...jika kita ingin menjadi seorang penulis yang baik, seseorang itu haruslah mempunyai jadual yang wajib dirancang oleh seseorang itu untuk lebih sistematik dalam melakukan sesuatu kerja....dan jika kita melihat, kita sering menyalahkan orang lain yang melakukan kesilapan...tetapi kita sebagai umat islam, apa yang kita lakukan untuk islam? tepuk dada tanya selera... seperti satu anologi, jika kita melihat seseorang itu cemerlang dalam pelajaran, tetapi kita menyalahkan dia hanya kerana kita tidak berjaya dalam pelajaran...di situ kita dapat tahu ahawa kesalahan tersebut sepatutnya diletakkan kepada siapa...jika ingin menjadi seorang yang berjaya dalam hidup, kita jug...

Basahkan lidah dengan........

Image
Assalamualaikum...=) hari ni kita nak bercerita sikit lah...hehe...boleh? Allahumma Shalli 'ala Muhammad , Wa'ala aali Muhammad...................... kalau kita perasan, tu lah yang kita selalu sebut dalam solat kita....tapi kita sebut2 dalam solat pun, kita faham tak maksud dia sebenarnya....? maksudnya : Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad dan keluarga Muhammad. basahkan lah lidah kita dengan zikir seperti Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Ilaha Illallah, Allahu Akbar dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...In Shaa Allah hati menjadi tenang...=) Wallahu 'alam....

Minggu Mahabbah Rasulullah =)

Image
sebagai umat Islam, adab yang perlu dijaga adalah adab dengan Allah SWT, adab dengan Rasulullah SAW, para sahabat baginda, orang-orang yang soleh dan selainnya...pandangan mata perlu dijaga... dan jika kita melihat, janganlah lidah lebih laju daripada akal,kerana kita tahu asas akal adalah ilmu...lidah yang lebih laju daripada akal menunjukkan yang kita tidak matang berkata-kata... berusahalah, biarlah terbit daripada hati yang penuh iman dan tawadu'...dan barulah lahir mahabbah di dalam hati... -Ustaz Syed Izzuddin Al-Munir Bin Syed Kamaluddin Al-Aidrus- -Malam Lantunan Mahabbah ---> Minggu Mahabbah Rasulullah- ::mahabbah lahir daripada hati::

Ini Sajak Cinta!!

Image
Disaat Aku Mencintaimu (Dadali) bila aku lihat dia, Aku Suka Dia (ainan tasneem) bila dia berjalan, seolah2 macam melihat Permaisuri (Data) namun, Ramalanku Benar Belaka (umbrella) kini, dia sudah Berubah (ost Nora elena) walau pun hati ini Hanya Tuhan yang Tahu (UNIC) bahawa diriku merasa kamu Tercipta Untukku (ungu) terlalu banyak Kalimah Cinta (in-team) aku luahkan namun,  aku hanya mampu Meraung (New Boyz) melihat pemergianmu.... Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal (Shades) walaupun dalam hatiku tertulis Duka (Akira Shukri) aku redha dengan ketentuan, Jika Engkau Pergi (Imran Ajmain) janganlah engkau Kembali (Akim ft Stacy) semoga kau bahagia dengan Mahligaimu Dari Air Mataku (Lestari) jika engkau anggap ini Cinta Terlarang (Kangen Band) aku akan Pergi (Aizat) ha...semua lagu ada cerita dia...haha sabarlah duhai hati, sampai masa hati ini akan di sapa =)

sebuah cinta kekal abadi =)

Image
Assalamualaikum...=) nak cakap sikit....hee Dalam kita sibuk-sibuk dengan hal dunia, kita sering terlupa sesuatu perkara yang selama ni orang tak ambil berat sangat.. orang selalu kata, cinta itu buta, cinta itu perlukan pengorbanan, cinta tu indah...tapi ada ke kita benar-benar pasti apa yang kita cintakan itu....?tidak bukan... kalau nak tau cinta yang hakiki, kita duduk rehat2, santai2...ingat balik: kita dalam agama mana, apa yang kita bawa dalam agama kita siapa pemimpin kita siapakah yang paling banyak menyumbang dalam agama kita siapa yang sanggup mencurahkan cintanya kepada orang yang sentiasa mengkhianatinya.... mungkin anda kenal Nabi Muhammad SAW bukan...? kasih sayang, cintanya terhadap kita amat kuat dan pemergiannya meninggalkan sejuta kesedihan dalam kalangan umat Islam di dunia ini....sehinggakan saat baginda Rasulullah SAW dalam keadaan nazak, baginda masih lagi memikirkan umatnya...tapi kita?adil ke kalau kita tak memikirkan Rasulullah SAW....? saha...

Hati kita selami, badai dugaan kita harungi

Image
Assalamualaikum semua...=) maaf ya dah lama tak update blog ni... =) hari ni saya nak bercerita tentang satu firman Allah SWT dalam Al-Quran iaitu : Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka bertanya (tentang nikmat ketetapan Tuhan itu dan berkata): "adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan menyucikan?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah : 30) sebagai seorang muslimin, kita kena sedar yang kita dijadikan di dunia ini adalah sebagai khalifah yang mana tugas sebagai seorang khalifah ini adalah menyampaikan...walaupun sikit mana pun ilmu di dada kita ni, sampaikanlah walaupun ianya beberapa patah perkataan kerana manfaatnya untuk kita bersama.... sering kali kita me...

Kegelapan yang Merantai Hati

Image
assalamualaikum....=) hari ni program Tanyalah Ustaz di TV9, 8 Februari 2013 tajuk - Menggilap Hati Penceramah - ustaz Sharhan Safie Adanya perasaan ego, sombong, takabbur ini telah menutup jalan kita dalam melakukan perkara-perkara yang mahmudah... Takabbur dan sombong ini dikatakan sebagai sifat yang mazmumah apabila dilihat daripada peristiwa yang berlaku apabila Allah SWT menyeru semua makhluk untuk sujud kepada Nabi Adam A.S...semuanya sujud kecuali Azazil...dan apabila Azazil ini tidak mahu sujud, maka Azazil(iblis) ini jadilah penghuni neraka... begitu juga peristiwa yang berlaku pada zaman Firaun Laknatullah apabila Firaun itu mengumpulkan orang ramai dan berkata kepada orang ramai bahawa dia adalah tuhan untuk semua orang sehinggakan syaitan pengsan mendengar penyataan itu... Cara untuk mengubat hati - Ianya bermula dengan diri sendiri - kita juga tidak mahu kita tergolong dalam golongan yang dilabel sebagai orang yang dikunci hati mereka dan tidak suka tengok pe...

nak berubah bukan senang =)

Image
sebelum berhijrah.... lelaki A : yo bro..!wassup? lelaki B : huyoo...bro, new hairstyle la bro....memang lu muka rempit la derr.. =D lelaki A : well, aku memang rempit pown...eh, mana awek aku? wanita A: I kt sini la u....woow...handsome la u ni...I like! lelaki A : u pun sexy jugak, jom I bawak u naik motor I ni.... wanita A: jom...kita ronda2 ye baby.... =D lelaki B : wah! mau bikin aksi panas ka? selepas berhijrah.... lelaki A : Assalamualaikum...B, dah lama tak jumpa kau...kau sihat ke? lelaki B : wa sihat je bro...eh, yang lu bagi salam, pakai kopiah jubah bagai ni dah kenapa?lu dah kena sampuk eh? lelaki A : haha...xde la B...aku ni banyak dah buat dosa...sekarang aku nak taubat la...tak buat lagi kerja2 macam dulu lagi....aku harap kau pun camtu la B.... lelaki B : e'eleh....nak sekolahkan aku la sangat...kau tu pun sama cm aku jugak bro...xyah alim sangat la.... wanita C : hey!ape yang kecoh2 ni....?eh, you rupanya A....dah jadi ustaz sekarang....hahaha!!! ...