Posts

Kalau ada jarum yang patah

Image
Ada di antara kita menganggap kejayaan itu adalah daripada hasil usaha kita memerah keringat siang dan malam mencari sesuap nasi demi kelangsungan hidup. Ada juga kejayaan itu dianggap seperti meredah badai di lautan. Itu sememangnya betul. Tapi, maksud kejayaan itu luas. Menilai kejayaan itu adalah daripada diri kita sendiri, yang bermula dengan mencontohi sifat Rasulullah SAW. Peribadi yang terpuji dengan sifat kesabaran yang terlalu tinggi. Memaafkan juga adalah satu sifat yang sepatutnya diamalkan dalam diri kita. Ada masa, kita lupa untuk memaafkan bila kita merasakan yang kita lebih tinggi daripada orang lain, jawatan lagi besar, menganggap yang betul hanyalah diri kita. Ada di antara kita berniaga, client buat hal, tapi lupa untuk memaafkan sikap client tu sendiri. Ada juga gagal dalam peperiksaan, lalu memilih untuk menyalahkan diri sendiri berbanding memaafkan diri sendiri. Memaafkan itu satu kemanisan iman. Memaafkan bukan bermaksud kita kalah, cuma kita me...

Semua tu bukan sebab Haters, tapi.......

Image
Bila bercakap pasal haters  ni, aku suka dengar. Tak tahu lah kalau korang tak suka dengar. Haha. Haters  ni memang sinonim lah dengan generasi sekarang, kalau marah tu memang akan guna perkataan ni. Haha. " Haters gonna hates " "Kepada semua haters kt luar sana, aku tengah happy dengan hidup aku" " To my haters , sila meninggal" Haha. Tu antara ayatnya lah. Actually guys , bila kita menggunakan perkataan macam ni, sebenarnya kita telah membenarkan satu tenaga masuk ke dalam diri kita. TENAGA NEGATIF.  Macam mana tenaga ni wujud, bila kita sendiri rasa insecure dengan kejayaan kita sendiri. Ya, kita adalah seorang yang berjaya, tapi bila orang menegur, kita ingat teguran tu untuk menjatuhkan kita. Akhirnya, yang menanam sifat negatif berburuk sangka itu adalah diri kita sendiri.Sebenarnya, asal kewujudan perasaan orang lain yang tidak suka akan perbuatan kita itu bukan semuanya berpunca daripada kesalahan orang lain, tetapi pada diri ki...

Rudy Habibie (Habibie & Ainun 2)

Image
Terdetik di fikiran ketika leka mendengar ceramah mengenai syarat-syarat saksi apabila ingin melaksanakan hukum-hukum Islam. Di antara sifat saksi itu adalah ADIL dalam segala hal. Tapi, masyarakat yang adil itu semakin sukar dicari. Rudy Habibie, atau nama penuhnya Bacharuddin Jusuf Habibie, kisah mengenai seorang rakyat biasa yang membesar seperti kanak-kanak biasa, mempunyai kepintaran yang luar biasa berbanding dengan sahabat-sahabatnya. Kemahirannya dalam menghuraikan permasalahan kapal terbang dan kapal selam memberikan gambaran kepada institusi di Jerman pada ketika itu bahawa pada zaman tersebut terdapat seorang cendakiawan yang boleh memberikan sumbangan yang besar dalam industri penerbangan. Beliau di dalam kisah yang diceritakan ini memberikan gambaran kepada kita tentang semangat yang besar dimiliki oleh tubuh yang kecil, kehilangan bapanya ketika di dalam solat, lalu disambung solatnya oleh beliau. Menjadi peranan yang penting kepada kita sebagai masyarakat Islam ...

Nak petua hati senang?

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kawan ni tak adalah   power  sangat nak nasihat-nasihat orang ni, tapi kawan cuba je lah cakap benda-benda baik ini. Apa yang kita lihat di hadapan mata, mungkin kita mudah untuk terus menilai, sehingga kita tidak menilai usaha yang tidak nampak. Menghakimi dan menilai keburukan orang atas sesuatu kesalahan bukan satu perkara yang baik untuk diri, dan lama-kelamaan ia akan memakan diri juga. Di dalam diri kita ini punyai satu daging yang asalnya adalah segumpal darah. Namanya HATI. Sentiasa membisikkan sesuatu prasangka yang tidak baik di dalam hati adalah perkara yang tidak sihat untuk hati. Sentiasalah memandang orang di sekeliling kita seperti ahli syurga, kerana mungkin saja pada masa ini dia adalah orang paling jahat di muka bumi, tapi kelak menjadi penghuni tetap syurga sepenuh masa. Berbaik sangka itu sukar, tetapi kemanisannya kekal ke syurga. :) Pembuka Kebaikan | Miftahul Khair

Aku punya seorang sahabat

Image
Aku punya seorang sahabat, Aku lihat dia, dia seperti aku, sepertinya adalah cerminan diri aku, masih mencari sinar harapan. Aku punya seorang sahabat, sentiasa manis senyumnya, sudah pasti baik budi pekertinya, baik juga hatinya. Aku punya seorang sahabat, yang aku tahu hidupnya sukar, kesilapannya dahulu menghantui dirinya, sesekali dia terlihatkan sifatnya yang dahulu, namun aku terima. Aku punya seorang sahabat, dahulunya telah melakukan kesilapan besar, masyarakat juga tidak mungkin menerimanya, tapi aku cukup gembira, Tuhan mengurniakan aku, seorang sahabat, yang mengajar erti kepahitan hidup. Aku punya seorang sahabat, yang aku sentiasa doakan, kekuatan baginya, untuk ke arah yang lebih baik. Semuanya kerana, aku punya seorang sahabat. - miftah -

Emosi Boneka : 9

Image
Bawa langkahmu ke depan cermin, Lihat dalam kaca legap itu, Siapa dia di situ, Pastikan itulah yang dipasak dalam hatimu, Agar langkahmu di pentas dunia, Tidak tersasar dari landasan yang disediakan Dia. -Emosi Boneka : 9-

Emosi Boneka: Permulaan untuk menjadi luar biasa

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya...mohon kalau ada masa, baca lah sikit review ni, moga-moga bermanfaat untuk semua :) Isi-isi yang terkandung dalam Emosi Boneka ni, membuat saya terpanggil untuk membuat sikit review. tapi, nota kepada penulis, mohon maaf kalau review ini dilihat bercanggah sedikit dengan pemahaman penulis. haha. Penulisan puisi yang berunsur monolog, tidak terlalu banyak bunga dan kias dalam kata, ringan. Kalau nak dibandingkan dengan penulisan yang lain, Emosi Boneka, karya sulung saudari Jumiatul Hidayah Roslim, merupakan satu usaha untuk kita sendiri sedar, daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Penulisan beliau tidak terlalu berat dan mudah untuk difahami, dan genre penulisan beliau bukan penulisan genre ahlif falsafah, tetapi lebih kepada bahasa biasa, bahasa formal dalam puisi, sebab penulis tahu sasaran pembaca karya ini adalah remaja yang tak suka bahasa terlalu formal macam buku politik karya Syed Serajul Islam...hahah...