Posts

Showing posts from January, 2011

Geografi Alam Sekitar Fizikal -Bahangan Matahari,Bahangan bumi,proses-proses yang terlibat dalam imbangan Haba

Konsep bahangan matahari  – merupakan tenaga haba yang dipindahkan ke permukaan bumi melalui bahangan secara terus menerus tanpa perantaraan dalam bentuk gelombang elektromagnet dan cahaya.  Bahangan Bumi : - Setelah menerima dan menyerap bahangan matahari/ sinaran matahari, bumi akan membebaskan bahangannya pada waktu malam - Pembebasan bahangan bumi ini berlaku dalam bentuk gelombang panjang ( suhu bumi jauh lebih rendah berbanding sinaran matahari ) - Bahangan ini tidak terus lesap ke angkasa dan sebahagiannya akan diserap oleh lapisan atmosfera..  Konsep Imbangan Bahangan - Imbangan haba merujuk kepada keseimbangan yang berlaku antara bahangan matahari yang masuk ke sistem bumi – atmosfera dengan jumlah bahangan bumi yang dibebaskan semula ke angkasa - Imbangan haba merupakan perbandingan antara sinaran matahari yang masuk dengan sinaran matahari yang keluar.Tidak semua jumlah tenaga sinaran matahari yang memasuki sistem atmosfera akan tiba ke permukaan bumi. Ada yang d

Geografi Alam Sekitar Fizikal STPM - Komponen Sistem Bumi

Image
Troposfera ( Troposphere ) merupakan lapisan atmosfera yang ternipis dan terhampir dengan permukaan bumi . Troposfera bermula dari permukaan bumi sehingga lapisan tropopause (antara ketinggian 10 - 16 kilometer, bergantung kepada latitud). Dalam lapisan tropopause , suhu berkurangan dengan pertambahan ketinggian altitud, dari sekitar 17 o C hingga − 52 o C . Kebanyakan sistem cuaca berlaku dibawah lapisan tropopause . Stratosfera ( stratospere ) merangkumi kawasan bermula daripada lapisan troposfera (antara ketinggian 10 - 16 kilometer, bergantung kepada latitud) sehingga lapisan mesosfera (lebih kurang 50 kilometer). Suhu stratosfera meningkat dengan altitud disebabkan kehadiran lapisan ozon pada ketinggian 25 kilometer. Molekul ozon menyerap sinaran ultra-lembayung (uv) dari matahari menyebabkan suhu meningkat pada aras tersebut (maksimum ~270 Kelvin di sempadan atas stratopause ), dan pada masa yang sama melindungi bumi daripada sinaran uv. Mesosfera ( Mesosphere ) mer

Karangan STPM - Faktor-faktor hilang semangat kejiranan (isi)

Peribahasa ‘bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’ sesuai menggambarkan sikap masyarakat kita pada masa ini. Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakt kita, terutamanya warga kota, disifatkan sebagai enau dalam pepatah tersebut kerana hanya mementingkan diri sendiri dan bersikap individualistik. Natijahnya, kita lebih suka hidup menyendiri dan semangat kejiranan yang dulunya menjadi teras masyarakat kita, sudah kian pudar dan luntur. Hakikat ini amat membimbangkan kerana semangat kejiranan, yakni semangat yang dimiliki oleh ahli-ahli masyarakat untuk menjaga kebajikan dan kepentingan anggota masyarakat yang lain, sangat diperlukan untuk menjamin perpaduan masyarakat. Oleh yang demikian, kita perlu meneliti faktor-faktor yang telah menyebabkan perubahan sikap masyarakat kita. Dalam pada itu, pendidikan memainkan peranan yang penting. Peluang pendidikan yang semakin meluas telah pun berjaya menghapuskan buta huruf dan meningkatkan daya pemikirana serta pengetahuan masy

Karangan STPM - Kepentingan Sukan (isi)

Sukan merupakan salah satu bentuk aktiviti fizikal yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Adakah anda tahu kepentingan sukan dalam diri kita? Adakah anda mengetahui bahawa sukan juga bagus untuk kesihatan? Terdapat beberapa kepentingan bersukan untuk kesihatan: • Saluran darah yang lancar • Mental dan fizikal yang cergas • Otak yang cerdas. Badan yang sihat memerlukan otak yang cerdas. Kita memerlukan minda yang cerdas untuk berfikir. Selepas berehat daripada bersukan, otak menjadi lebih aktif daripada biasa. • Selain menjaga pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dapat membantu badan mengimbangkan penggunaan dan penyimpanan tenaga badan. Bagaimanapun, sukan lasak atau yang memerlukan tenaga yang banyak mungkin akan meninggalkan kesan buruk kepada badan. Kepentingan Sukan dan Amalan Gaya Hidup Sihat • Memperkukuh keharmonian dan perpaduan Negara • Memupuk semangat patriotisme • Membangunkan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing • Mampu mengukuhkan perpaduan dan kekuat