Geografi Alam Sekitar Fizikal -Bahangan Matahari,Bahangan bumi,proses-proses yang terlibat dalam imbangan Haba

Konsep bahangan matahari 

– merupakan tenaga haba yang dipindahkan ke permukaan
bumi melalui bahangan secara terus menerus tanpa perantaraan dalam bentuk
gelombang elektromagnet dan cahaya.

 Bahangan Bumi :

- Setelah menerima dan menyerap bahangan matahari/ sinaran matahari, bumi akan membebaskan bahangannya pada waktu malam
- Pembebasan bahangan bumi ini berlaku dalam bentuk gelombang panjang ( suhu bumi jauh lebih rendah berbanding sinaran matahari )
- Bahangan ini tidak terus lesap ke angkasa dan sebahagiannya akan diserap oleh lapisan atmosfera..

 Konsep Imbangan Bahangan

- Imbangan haba merujuk kepada keseimbangan yang berlaku antara bahangan matahari yang masuk ke sistem bumi – atmosfera dengan jumlah bahangan bumi yang dibebaskan semula ke angkasa
- Imbangan haba merupakan perbandingan antara sinaran matahari yang masuk dengan sinaran matahari yang keluar.Tidak semua jumlah tenaga sinaran matahari yang memasuki sistem atmosfera akan tiba ke permukaan bumi. Ada yang diserap,diserak,dipantul oleh pelbagai juzuk dan unsur dalam atmosfera tersebut.Begitu juga dengan sinaran bumi, bukan semua akan terlepas ke angkasa. Ia juga akan melalui proses yang sama denhan sinaran matahari.
 
 Proses Pemindahan Haba

- terdapat 4 proses Pemindahan Haba

a) Proses Serakan : Partikel-partikel akan menyerak bahangan matahari secara mendatar apabila bahangan tersebut dipancarkan kepadanya.
b) Proses Serapan : Partikel-partikel di atmosfera dan stratosfera juga menjalani proses serapan.
c) Proses pantulan : bahangan matahari apabila terkena partikel-Prtikel, sebahagiannya akan dipantulkan semula ke angkasa secara menegak ( vertikal )
d) Proses albedo : Ditakrifkan sebagai darjah keputihan atau kecerahan sesuatu permukaan bumi. Semakin cerah sesuatu permukaan maka semakin tinggi jumlah sinaran matahari yang akan dipantulkan.Tidak semua sinaran suria yang telah tiba ke permukaan bumi akan diserap dan diguna oleh hidupan. Sebahagian daripada sinaran suria akan dipantulkan pila oleh permukaan bumi secara langsung.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Karangan STPM - Faktor-faktor hilang semangat kejiranan (isi)

Karangan STPM - Kepentingan Sukan (isi)