Posts

Showing posts from October, 2016

Semua tu bukan sebab Haters, tapi.......

Image
Bila bercakap pasal haters  ni, aku suka dengar. Tak tahu lah kalau korang tak suka dengar. Haha. Haters  ni memang sinonim lah dengan generasi sekarang, kalau marah tu memang akan guna perkataan ni. Haha. " Haters gonna hates " "Kepada semua haters kt luar sana, aku tengah happy dengan hidup aku" " To my haters , sila meninggal" Haha. Tu antara ayatnya lah. Actually guys , bila kita menggunakan perkataan macam ni, sebenarnya kita telah membenarkan satu tenaga masuk ke dalam diri kita. TENAGA NEGATIF.  Macam mana tenaga ni wujud, bila kita sendiri rasa insecure dengan kejayaan kita sendiri. Ya, kita adalah seorang yang berjaya, tapi bila orang menegur, kita ingat teguran tu untuk menjatuhkan kita. Akhirnya, yang menanam sifat negatif berburuk sangka itu adalah diri kita sendiri.Sebenarnya, asal kewujudan perasaan orang lain yang tidak suka akan perbuatan kita itu bukan semuanya berpunca daripada kesalahan orang lain, tetapi pada diri ki

Rudy Habibie (Habibie & Ainun 2)

Image
Terdetik di fikiran ketika leka mendengar ceramah mengenai syarat-syarat saksi apabila ingin melaksanakan hukum-hukum Islam. Di antara sifat saksi itu adalah ADIL dalam segala hal. Tapi, masyarakat yang adil itu semakin sukar dicari. Rudy Habibie, atau nama penuhnya Bacharuddin Jusuf Habibie, kisah mengenai seorang rakyat biasa yang membesar seperti kanak-kanak biasa, mempunyai kepintaran yang luar biasa berbanding dengan sahabat-sahabatnya. Kemahirannya dalam menghuraikan permasalahan kapal terbang dan kapal selam memberikan gambaran kepada institusi di Jerman pada ketika itu bahawa pada zaman tersebut terdapat seorang cendakiawan yang boleh memberikan sumbangan yang besar dalam industri penerbangan. Beliau di dalam kisah yang diceritakan ini memberikan gambaran kepada kita tentang semangat yang besar dimiliki oleh tubuh yang kecil, kehilangan bapanya ketika di dalam solat, lalu disambung solatnya oleh beliau. Menjadi peranan yang penting kepada kita sebagai masyarakat Islam