Posts

Showing posts from 2016

Semua tu bukan sebab Haters, tapi.......

Image
Bila bercakap pasal haters  ni, aku suka dengar. Tak tahu lah kalau korang tak suka dengar. Haha. Haters  ni memang sinonim lah dengan generasi sekarang, kalau marah tu memang akan guna perkataan ni. Haha. " Haters gonna hates " "Kepada semua haters kt luar sana, aku tengah happy dengan hidup aku" " To my haters , sila meninggal" Haha. Tu antara ayatnya lah. Actually guys , bila kita menggunakan perkataan macam ni, sebenarnya kita telah membenarkan satu tenaga masuk ke dalam diri kita. TENAGA NEGATIF.  Macam mana tenaga ni wujud, bila kita sendiri rasa insecure dengan kejayaan kita sendiri. Ya, kita adalah seorang yang berjaya, tapi bila orang menegur, kita ingat teguran tu untuk menjatuhkan kita. Akhirnya, yang menanam sifat negatif berburuk sangka itu adalah diri kita sendiri.Sebenarnya, asal kewujudan perasaan orang lain yang tidak suka akan perbuatan kita itu bukan semuanya berpunca daripada kesalahan orang lain, tetapi pada diri ki

Rudy Habibie (Habibie & Ainun 2)

Image
Terdetik di fikiran ketika leka mendengar ceramah mengenai syarat-syarat saksi apabila ingin melaksanakan hukum-hukum Islam. Di antara sifat saksi itu adalah ADIL dalam segala hal. Tapi, masyarakat yang adil itu semakin sukar dicari. Rudy Habibie, atau nama penuhnya Bacharuddin Jusuf Habibie, kisah mengenai seorang rakyat biasa yang membesar seperti kanak-kanak biasa, mempunyai kepintaran yang luar biasa berbanding dengan sahabat-sahabatnya. Kemahirannya dalam menghuraikan permasalahan kapal terbang dan kapal selam memberikan gambaran kepada institusi di Jerman pada ketika itu bahawa pada zaman tersebut terdapat seorang cendakiawan yang boleh memberikan sumbangan yang besar dalam industri penerbangan. Beliau di dalam kisah yang diceritakan ini memberikan gambaran kepada kita tentang semangat yang besar dimiliki oleh tubuh yang kecil, kehilangan bapanya ketika di dalam solat, lalu disambung solatnya oleh beliau. Menjadi peranan yang penting kepada kita sebagai masyarakat Islam

Nak petua hati senang?

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kawan ni tak adalah   power  sangat nak nasihat-nasihat orang ni, tapi kawan cuba je lah cakap benda-benda baik ini. Apa yang kita lihat di hadapan mata, mungkin kita mudah untuk terus menilai, sehingga kita tidak menilai usaha yang tidak nampak. Menghakimi dan menilai keburukan orang atas sesuatu kesalahan bukan satu perkara yang baik untuk diri, dan lama-kelamaan ia akan memakan diri juga. Di dalam diri kita ini punyai satu daging yang asalnya adalah segumpal darah. Namanya HATI. Sentiasa membisikkan sesuatu prasangka yang tidak baik di dalam hati adalah perkara yang tidak sihat untuk hati. Sentiasalah memandang orang di sekeliling kita seperti ahli syurga, kerana mungkin saja pada masa ini dia adalah orang paling jahat di muka bumi, tapi kelak menjadi penghuni tetap syurga sepenuh masa. Berbaik sangka itu sukar, tetapi kemanisannya kekal ke syurga. :) Pembuka Kebaikan | Miftahul Khair

Aku punya seorang sahabat

Image
Aku punya seorang sahabat, Aku lihat dia, dia seperti aku, sepertinya adalah cerminan diri aku, masih mencari sinar harapan. Aku punya seorang sahabat, sentiasa manis senyumnya, sudah pasti baik budi pekertinya, baik juga hatinya. Aku punya seorang sahabat, yang aku tahu hidupnya sukar, kesilapannya dahulu menghantui dirinya, sesekali dia terlihatkan sifatnya yang dahulu, namun aku terima. Aku punya seorang sahabat, dahulunya telah melakukan kesilapan besar, masyarakat juga tidak mungkin menerimanya, tapi aku cukup gembira, Tuhan mengurniakan aku, seorang sahabat, yang mengajar erti kepahitan hidup. Aku punya seorang sahabat, yang aku sentiasa doakan, kekuatan baginya, untuk ke arah yang lebih baik. Semuanya kerana, aku punya seorang sahabat. - miftah -