Posts

Showing posts from 2012

Kemanisan Redha....=)

Image
Assalamualaikum...=) Dalam mood yang kurang elok ni, nak berkongsi sikit...=) Dalam satu perjalanan untuk pertemuan pertama kali dengan seorang sahabat, ternampak seorang sahabat ni sedang memarahi sahabatnya... lalu saya tanya sahabat tersebut "kenapa awak marah kawan awak?" sahabat tersebut menjawab "sebab dialah aku kena pecat!" namun kawan yang dimarahi tadi menundukkan kepala dan diam seribu bahasa....saya pun tertanya-tanya kenapa dia tak lawan balik apa yang sahabatnya marahkan tadi...? oleh kerana sudah lewat, saya pun meninggalkan mereka berdua... dalam 10 minit perjalanan, saya ternampak seseorang menundukkan kepala dan menangis.... lalu saya menghampiri sahabat tersebut...lalu bertanya "kenapa awak menangis?" sahabat itu menjawab "saya pernah cakap kt seorang wanita ni yang saya suka kt dia tapi dia tinggalkan saya tanpa apa-apa pesan....saya banyak cerita yang ingin dikongsi...tapi dia pergi tinggalkan saya..." menden

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!

Image
Assalamualaikum....!ha...ni baru official punya ucapan hari raya...haha Dengan ini, saya, Miftahul Khair Bin Nulferdi yang berasal dari planet bumi, ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua umat Islam di seluruh negara di bumi ini...haha selama ini andai saya tersilap menilai seseorang, tersilap memaki, memijak, menendang, menampar, menghina, mengutuk dan semua me- la...haha...maafkan segala kesilapan yang telah saya lakukan ada semua orang yang pernah mengenali saya... sesungguhnya saya bukanlah orang yang sempurna, namun saya cuba untuk menjadi yang terbaik untuk semua orang yang saya kenal...dalam satu masa itu, Allah SWT telah menunjukkan khilaf saya....maafkan saya ye.... kepada ibu, ayah, pakcik, makcik, nenek, kakak, abang, adik, saudara- mara yang terdekat mahupun yang berada di kampung...semoga berbahagia dengan keluarga yang tersayang, terutamanya ayah saya yang kini berada di kampung...semoga bahagia di sana ye... Kepada sahabat-saha

Kerja sia-sia??

Image
Badan lesu penat bekerja, luka terjatuh tersadung di batu; Assalamualaikum kata pembuka bicara, salah silap harap dibantu...=) hehe...tetiba nak start pantun pulak....anyway, cerita tak banyak la,just nak kongsi sesuatu perkara yang bermanfaat je.....harap apa yang saya kongsi ini dapat membantu sahabat2 yang lain ye....=) Nak kata seseorang tu tak  buat kerja sia-sia dalam sehari, memang tak boleh percaya pun...haha...ada kala apa yang kita buat tu kita tak sedar yang kita telah melakukan sesuatu perkara yang sia-sia....saya pun sama...hehe.... Namun begitu, kita tidak perlu menyalahkan sesiapa atas apa yang terjadi....setiap manusia tu memang tak dapat lari dari melakukan kesilapan.... macam dalam kehidupan seharian, bercerita tentang benda yang tak berfaedah pun kerja  yang sia-sia...dah la sia-sia, kalau dah tahap mengumpat tu berdosa dah tu.... (eh,cakap orang, dia pun sama =P) haha..tapi kita harus ingat...Allah menjadikan manusia ni dengan sebab yang sa

Jangan Takut Hidup di Dunia Ini....

Image
Assalamualaikum.... bila bercerita tentang hidup ni kan,memang rasa takut tu ada... Lagi2 bila kena musibah...memang rasa macam nk bunuh diri pun ade...hahah... tapi,sebagai umat Isalm...yang perlu kita takut tu cuma Allah SWT... Nak dijadikan cerita, saya ni pun bukan hidup senang pun...lagi2 bila nak berangkat jauh2 nanti bulan 9 nanti...haha....cuba kita renungkan sedalam2nya walaupun hanya lima minit... -aku ni jahat... = kenapa aku jadi macam ni? -aku banya buat maksiat ni! = sampai bila aku nak jadi macam ni? -aku takut la orang nak apa2kan aku = dengan sape aku mesti takut? -malas la aku baca al-Quran... = apa yang membantu aku nanti kt akhirat? -aku ada je awek nak ngadu masalah aku... = sape yang betul2 harus aku meminta? -aku taknak hidup dah... = kenapa Allah ciptakan aku kt dunia ni? ha...tu antara soalan yang harus anda semua jawab dalam hati masing2...semua jawapan anda nanti adalah berdasarkan berapa peratus anda mengharap pada Allah SWT ....=) wahai

Bulan Ramadhan Bulan Menyegarkan!

Image
Assalamualaikum...=D eh, sebelum tu ade pantun... Ketupat lemang sudah dijual, Untuk dihidang di hari raya; eh, korang ni apa hal, puasa tak penuh ada hati nak raya. Puuiihh! haha..bterabur la pulak pantun ni...ah, apa2 je la... nak cerita pasal bulan ramadhan ni la kan... pintu syurga dibuka seluas2nya, pintu neraka ditutup serapat2nya, pintu rahmat dibuka seluas2nya.... Selalu jugak dengar, bulan ramadhan ni semua syaitan dibelenggu...tapi yakin ke kejahatan tu tak ada dalam bulan ramadhan ni?ha...sama2 kita renungkan... Dalam diri setiap manusia ni, Allah dah kurniakan akal, hati dan nafsu... nak dijadikan cerita, syaitan ni dah prepare awal2 yang dia akan didik nafsu ni sampai nafsu ni tak boleh nak kawal...maka, apabila syaitan dibelenggu, bermulalah era penjajahan nafsu dalam diri manusia...haha... Nafsu VS Iman! Andai kata iman kita goyah, nafsu pun cepat2 ambil alih hati kita...so, terjadilah kes orang yang tak dapat kawal nafsu makan lalu tak berpuasa pada bu

Bila Mulut Jadi Puaka!

Image
Assalamualaikum....! haha...rasa cam pelik la pulak tajuk ni...tapi kita kongsi je la apa yang patut...haha ha...nak cerita pasal mulut ni...banyak la jugak... Ok lah..bagi anda semua, apa fungsi mulut...?of course la nak makan, bercakap...(takkan nak pukul orang kot)... tapi yang betul2 tujuan mulut ni adalah untuk menyebarkan dakwah lisan, berzikir...tu baru betul2 kegunaan dia... tapi ada la beberapa orang hamba Allah ni saya dengar...mulut dia bukan main kencang!macam angin kencang jugak...haha...gila betul nak pok pek pok pek benda tak berfaedah..lagi2 bila mengata orang...fuhh!!bukan kencang je, ribut taufan semua keluar....!!haha... Wahai sahabat2 ku sekalian...andai kata la semasa kita mengumpat orang tu dengan tiba2 je ajal muncul tak sampai beberapa detik selepas kita mengumpat...layak ke kita nak duduk dalam syurga? lagi2 kalau orang yang kita umpat tu tak nak maafkan kita...memang aniaya diri sendiri tuan-tuan dan puan-puan....haha.. sebagai umat Islam,

Bila Rasa Susah....?

Image
Assalamualaikum...! hari ni sedih sikit la...tapi tak apa2 pun la...cerita jugak la.... Hari ni nak cerita tentang hidup kita seharian jugak la....siapa je yang tak pernah rasa susah....? orang gila pun tau erti susah....haha...yang tak tau erti susah tu orang gila jugak,gila meroyan...haha!! saya pulak, memang pernah rasa susah dan setiap orang pun akan kata "kau tak pernah rasa kesusahan aku...aku lagi susah dari kau...." Penat jugak bila rasa susah ni....susah nak tanggung family, susah nak hadap kawan2, susah nak hadap tempat kerja...semua susah la!haha... tapi lagi susah kita rasa bila tak ada seorang pun nak dengar apa masalah kita...rasa macam sempit je dunia ni,tak boleh lari mana2 pun...macam tu jugak la saya rasa bila susah.... tapi bila fikir2 balik, kita ni dilahirkan untuk rasa susah ke?mesti kadang2 kita terfikir macam tu kan...?haha.. memang senang kata "ala susah sekejap je tu..." , tapi cuba la bila kau yang kena...baru padan muka...haha

Manusia cemerlang, Rasulullah SAW Teladannya

Image
Assalamualaikum!! wahai sahabat-sahabat, sudah lama tak ketemu...haha... maklum la sebelum ni ada sikit masalah yang menimpa saya...semuanya kuasa Allah... Tapi, hari ni saya nak bercerita tentang diri manusia tu sendiri...camne tu??haha... Sebagai umat Islam, kita hidup pun berlandaskan syariat Islam kerana Islam tu bermaksud cara hidup.. Ini apa yang saya dengar dalam ceramah beberapa hari lepas...hehe... sebagai umat Islam, 6 perkara yang wajib ada dalam diri individu Islam itu adalah : 1. Al-Iman : Segala yang wujud, yang berlaku di dunia ini semuanya adalah daripada pengetahuan Allah SWT 2. Al-Islam : didk hati kita untuk sentiasa berserah kepada Allah SWT 3. Al-Ilmu : sifat ni perlu ada khususnya bagi seserang pemimpin kerana dengan ilmu berlandaskan syariat Islam, masyarakatnya Insya-Allah akan berjaya.. 4. Keberanian : Kuatkan hati untuk sentiasa berani menegakkan syiar Islam 5. Kesabaran : perkara yang amat penting kerana kesabaran ni dapat halang hawa nafsu kita d

Penawar Hati... =)

Image
Assalamualaikum!!haha...hari ni ada sesuatu yang nak dikongsi dengan anda semua... ramai yang tak tau cara nak tenangkan hati ni...ada yang luahkan kt facebook, twitter, ada yang bunuh diri jugak tu...!!Masya-Allah... tapi ada cara lain nak mengubat hati yang luka ni...haha..nak tau? antaranya ialah... 1. Menghadiri majlis orang2 baik...maksudnya majlis2 agama la... 2. Membaca dan mendalami Al-Quran 3. Membiasakan diri dengan perut kosong 4. Qiamulail seperti solat tahajud, solat hajat, solat sunat tasbih dan sebagainya... 5. Waktu subuh digunakan untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT haha....renung2kan dan selamat beramal...=) Assalamualaikum...

Tiba-tiba pulak....

Image
haha...assalamualaikum... hari ni bukan nak cerita apa pun...tiba2 teringat pulak....maklum la saya ni banyak termenung....teringat banyak benda... 1. tiba2 teringatkan ayah...dah lama jugak ayah tidak bersama dengan kami adik beradik...dah bertahun-tahun...tapi rezeki kami jugak jumpa ayah tahun 2010....ayah makin sihat...haha...mungkin dia bahagia kot kt sana...harap dapat rasa lagi kasih sayang seorang ayah yang selama ni hilang tanpa khabar berita.... 3. tiba2 teringat pulak waktu kt koperasi dengan sahabat baik aku sorang ni...ahmad shukri nama diberi...cewah!!haha....ada ke dia angkat aku lepas tu campak atas kotak???gila senak badan wooo!!teringat jugak waktu ktorang lumba lari dari sekolah sampai tesco, sape yang lambat sampai kena belanja ayam goreng...haha...pape hal pun, takkan ada seorang pun kawan yang akan sentiasa buat aku gelak menggila selain Ahmad Shukri...sahabat dunia akhirat... 3. tiba2 teringat pulak bila mak aku maki2 aku...pedih jugak kena maki....satu ra

Solat Dhuha Penggamit Rezeki....

Image
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yangmenunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani) Sahabat2...kadang2 kita tak sedar yang ada lagi perkara sunat yang d

Woohooooo!!!

Image
Assalamualaikum!!hahahaha....hari ni boleh la gelak sikit...maklum la lebih target pulak... ha...hari ni nak cerita pasal....................entah la... waktu ambik result hari tu, aku ni gila cuak nak pergi sekolah...hati tak tenang dowh...haha...tapi bila dah dapat result, boleh la hore2 sikit...haha...tapi aku tau, ada yang lagi pandai dari aku...tu memang confirm..haha... pape hal...aku doakan kt semua pelajar STPM seluruh Malaysia, semoga berjaya...!!haha jangan ingat kalau kita tak dapat result yang bagus kita ni orang tak pandai...semuanya dah ditentukan...rezeki masing2 Allah dah tetapkan dah...masuk universiti pun belum tentu masa depan cerah...mana la tau ujian datang melanda...baru ingat langit tinggi ke rendah...haha...yang penting, selagi kita hidup, jangan sia-siakan peluang yang ada...hidup bukan sekali, tapi dua kali...sekali kt dunia, sekali kt akhirat...haha...yang hidup kt dunia tu la yang tentukan hidup kita kt akhirat... yang dah berjaya tu, usaha lagi...

Perang Saudara??

Image
Assalamualaikum!! =D ha...masih bersama saya...??oww yeah...haha hari ni bukan nak  cerita pasal sesiapa, tapi hari ni kita nak cakap pasal satu institusi...keluarga.. banyak dah saya dengar masalah keluarga ni..ada yang masalah dengan adik beradik, ibu bapa, saudara mara...banyak lagi la... semua orang ada masalah masing2,tapi kita kena la pandai dan bijak urus masalah tu... sebagai contoh, kita ada seorang mak tiri dan mak tiri kita ni tak suka kalau kita ada kt rumah...kita cuba buat dia faham tapi dia degil jugak...hari2 dia cakap benda2 kesat kt kita... kalau macam ni, kita kena la sabar sikit...(sabar banyak lagi digalakkan) mungkin sebenarnya mak tiri kita ni penat dengan kerja dia, urus rumah lagi...kita sebagai anak kena la positif...Islam tak mengajar kita untuk mengutuk, menengking mak ayah kita walaupun mak ayah tiri...tentang cakap benda2 kesat tu...cara terbaik untuk selesai masalah ni adalah kita kena la selalu minta maaf kt dia...memang susah nak buat sebab b

Bukan Cinta Biasa

Image
assalamualaikum....! hehe...hari ni kita berbicara pasal cinta pulak... (tiba2 gatal nak tulis...=D) ramai orang klasifikasikan cinta ni sebagai cara kita untuk meluahkan rasa kasih dan sayang pada seseorang...ada jugak yang kata cinta sejati tak wujud!...ada jugak yang sanggup bunuh diri sebab cinta... kalau kita fikir balik, buat apa bercinta kalau cinta tu buat kita skit hati...? haha...saya pun pernah mengalaminya jugak...mungkin ada salah saya sampai cinta tu tak berbalas... tapi tu bukan topik utama!! sebenarnya saya nak bercerita tentang cinta yang luar biasa...muehehehe =D bila sebut pasal cinta, mesti ramai fikir dengan pakwe la makwe la...tapi skop cinta ni luas jugak...kalau kita betul2 semaikan cinta, mesti muncul benda2 ni :- - keharmonian - rasa tanggungjawab - prihatin - wujud rasa kasih sayang - taat dan setia - ketenangan - kebahagiaan - dan lain-lain kalau dah kata macam ni, takkan pasal pakwe makwe pulak kan...? cinta ni banyak... - cinta ibubapa - cinta kawan2 - cin