Bulan Ramadhan Bulan Menyegarkan!

Assalamualaikum...=D eh, sebelum tu ade pantun...

Ketupat lemang sudah dijual,
Untuk dihidang di hari raya;
eh, korang ni apa hal,
puasa tak penuh ada hati nak raya.
Puuiihh!

haha..bterabur la pulak pantun ni...ah, apa2 je la...
nak cerita pasal bulan ramadhan ni la kan... pintu syurga dibuka seluas2nya, pintu neraka ditutup serapat2nya, pintu rahmat dibuka seluas2nya....

Selalu jugak dengar, bulan ramadhan ni semua syaitan dibelenggu...tapi yakin ke kejahatan tu tak ada dalam bulan ramadhan ni?ha...sama2 kita renungkan...

Dalam diri setiap manusia ni, Allah dah kurniakan akal, hati dan nafsu...
nak dijadikan cerita, syaitan ni dah prepare awal2 yang dia akan didik nafsu ni sampai nafsu ni tak boleh nak kawal...maka, apabila syaitan dibelenggu, bermulalah era penjajahan nafsu dalam diri manusia...haha...

Nafsu VS Iman!

Andai kata iman kita goyah, nafsu pun cepat2 ambil alih hati kita...so, terjadilah kes orang yang tak dapat kawal nafsu makan lalu tak berpuasa pada bulan ramadhan...kuat jugak kan nafsu ni...

Ha...oleh yang demikian, wahai sahabat2 sekalian, mantapkan lah iman tu tidak kita mana2 bulan pun...syaitan akan sentiasa menghasut kita sehingga kiamat nanti...

Sebagai umat Islam, kita ada pegangan sendiri...Al-Quran dan sunnah Rasulullah...
Ingat, niat bermula kerana Allah...jadikan al-Quran sebagai panduan hidup seharian...Insya-Allah selamat dunia akhirat...

Assalamualaikum...=)

Comments

Popular posts from this blog

Karangan STPM - Faktor-faktor hilang semangat kejiranan (isi)

Geografi Alam Sekitar Fizikal -Bahangan Matahari,Bahangan bumi,proses-proses yang terlibat dalam imbangan Haba

Karangan STPM - Kepentingan Sukan (isi)