Posts

Showing posts from April, 2013

Minggu Mahabbah Rasulullah =)

Image
sebagai umat Islam, adab yang perlu dijaga adalah adab dengan Allah SWT, adab dengan Rasulullah SAW, para sahabat baginda, orang-orang yang soleh dan selainnya...pandangan mata perlu dijaga... dan jika kita melihat, janganlah lidah lebih laju daripada akal,kerana kita tahu asas akal adalah ilmu...lidah yang lebih laju daripada akal menunjukkan yang kita tidak matang berkata-kata... berusahalah, biarlah terbit daripada hati yang penuh iman dan tawadu'...dan barulah lahir mahabbah di dalam hati... -Ustaz Syed Izzuddin Al-Munir Bin Syed Kamaluddin Al-Aidrus- -Malam Lantunan Mahabbah ---> Minggu Mahabbah Rasulullah- ::mahabbah lahir daripada hati::

Ini Sajak Cinta!!

Image
Disaat Aku Mencintaimu (Dadali) bila aku lihat dia, Aku Suka Dia (ainan tasneem) bila dia berjalan, seolah2 macam melihat Permaisuri (Data) namun, Ramalanku Benar Belaka (umbrella) kini, dia sudah Berubah (ost Nora elena) walau pun hati ini Hanya Tuhan yang Tahu (UNIC) bahawa diriku merasa kamu Tercipta Untukku (ungu) terlalu banyak Kalimah Cinta (in-team) aku luahkan namun,  aku hanya mampu Meraung (New Boyz) melihat pemergianmu.... Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal (Shades) walaupun dalam hatiku tertulis Duka (Akira Shukri) aku redha dengan ketentuan, Jika Engkau Pergi (Imran Ajmain) janganlah engkau Kembali (Akim ft Stacy) semoga kau bahagia dengan Mahligaimu Dari Air Mataku (Lestari) jika engkau anggap ini Cinta Terlarang (Kangen Band) aku akan Pergi (Aizat) ha...semua lagu ada cerita dia...haha sabarlah duhai hati, sampai masa hati ini akan di sapa =)

sebuah cinta kekal abadi =)

Image
Assalamualaikum...=) nak cakap sikit....hee Dalam kita sibuk-sibuk dengan hal dunia, kita sering terlupa sesuatu perkara yang selama ni orang tak ambil berat sangat.. orang selalu kata, cinta itu buta, cinta itu perlukan pengorbanan, cinta tu indah...tapi ada ke kita benar-benar pasti apa yang kita cintakan itu....?tidak bukan... kalau nak tau cinta yang hakiki, kita duduk rehat2, santai2...ingat balik: kita dalam agama mana, apa yang kita bawa dalam agama kita siapa pemimpin kita siapakah yang paling banyak menyumbang dalam agama kita siapa yang sanggup mencurahkan cintanya kepada orang yang sentiasa mengkhianatinya.... mungkin anda kenal Nabi Muhammad SAW bukan...? kasih sayang, cintanya terhadap kita amat kuat dan pemergiannya meninggalkan sejuta kesedihan dalam kalangan umat Islam di dunia ini....sehinggakan saat baginda Rasulullah SAW dalam keadaan nazak, baginda masih lagi memikirkan umatnya...tapi kita?adil ke kalau kita tak memikirkan Rasulullah SAW....? saha

Hati kita selami, badai dugaan kita harungi

Image
Assalamualaikum semua...=) maaf ya dah lama tak update blog ni... =) hari ni saya nak bercerita tentang satu firman Allah SWT dalam Al-Quran iaitu : Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka bertanya (tentang nikmat ketetapan Tuhan itu dan berkata): "adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan menyucikan?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah : 30) sebagai seorang muslimin, kita kena sedar yang kita dijadikan di dunia ini adalah sebagai khalifah yang mana tugas sebagai seorang khalifah ini adalah menyampaikan...walaupun sikit mana pun ilmu di dada kita ni, sampaikanlah walaupun ianya beberapa patah perkataan kerana manfaatnya untuk kita bersama.... sering kali kita me