Hati kita selami, badai dugaan kita harungi

Assalamualaikum semua...=)

maaf ya dah lama tak update blog ni... =)

hari ni saya nak bercerita tentang satu firman Allah SWT dalam Al-Quran iaitu :

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka bertanya (tentang nikmat ketetapan Tuhan itu dan berkata): "adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan menyucikan?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya."

(Al-Baqarah : 30)

sebagai seorang muslimin, kita kena sedar yang kita dijadikan di dunia ini adalah sebagai khalifah yang mana tugas sebagai seorang khalifah ini adalah menyampaikan...walaupun sikit mana pun ilmu di dada kita ni, sampaikanlah walaupun ianya beberapa patah perkataan kerana manfaatnya untuk kita bersama....

sering kali kita meminta sesuatu yang kita kehendaki, tapi Allah SWT tak bagi sepenuhnya apa yang kita minta...kerana apa?kerana Allah SWT beri apa yang kita perlu...=)
kita minta agar sesuatu perhubungan itu berkekalan, tetapi Allah SWT tidak memberikan apa yang kita minta...kerana Allah tahu kita tidak bahagia dengan orang itu...
kita minta harta yang banyak, tapi Allah SWT bagi sikit...sebab apa?supaya kita menjadi orang yang lebih bersyukur....

kerana itulah orang selalu kata - 'setiap yang berlaku ada hikmahnya'

jangn sedih dengan apa yang berlaku, Allah SWT dah sediakan ganjaran yang lumayan untuk kita jika kita sentiasa di jalanNya...=)

Comments

Popular posts from this blog

Karangan STPM - Faktor-faktor hilang semangat kejiranan (isi)

Geografi Alam Sekitar Fizikal -Bahangan Matahari,Bahangan bumi,proses-proses yang terlibat dalam imbangan Haba

Karangan STPM - Kepentingan Sukan (isi)