Konsep bahangan matahari – merupakan tenaga haba yang dipindahkan ke permukaan bumi melalui bahangan secara terus menerus tanpa perantaraan dalam bentuk gelombang elektromagnet dan cahaya. Bahangan Bumi : - Setelah menerima dan menyerap bahangan matahari/ sinaran matahari, bumi akan membebaskan bahangannya pada waktu malam - Pembebasan bahangan bumi ini berlaku dalam bentuk gelombang panjang ( suhu bumi jauh lebih rendah berbanding sinaran matahari ) - Bahangan ini tidak terus lesap ke angkasa dan sebahagiannya akan diserap oleh lapisan atmosfera.. Konsep Imbangan Bahangan - Imbangan haba merujuk kepada keseimbangan yang berlaku antara bahangan matahari yang masuk ke sistem bumi – atmosfera dengan jumlah bahangan bumi yang dibebaskan semula ke angkasa - Imbangan haba merupakan perbandingan antara sinaran matahari yang masuk dengan sinaran matahari yang keluar.Tidak semua jumlah tenaga sinaran matahari yang memasuki sistem atmosfera akan tiba ke permukaan bu...
Bila bercakap pasal haters ni, aku suka dengar. Tak tahu lah kalau korang tak suka dengar. Haha. Haters ni memang sinonim lah dengan generasi sekarang, kalau marah tu memang akan guna perkataan ni. Haha. " Haters gonna hates " "Kepada semua haters kt luar sana, aku tengah happy dengan hidup aku" " To my haters , sila meninggal" Haha. Tu antara ayatnya lah. Actually guys , bila kita menggunakan perkataan macam ni, sebenarnya kita telah membenarkan satu tenaga masuk ke dalam diri kita. TENAGA NEGATIF. Macam mana tenaga ni wujud, bila kita sendiri rasa insecure dengan kejayaan kita sendiri. Ya, kita adalah seorang yang berjaya, tapi bila orang menegur, kita ingat teguran tu untuk menjatuhkan kita. Akhirnya, yang menanam sifat negatif berburuk sangka itu adalah diri kita sendiri.Sebenarnya, asal kewujudan perasaan orang lain yang tidak suka akan perbuatan kita itu bukan semuanya berpunca daripada kesalahan orang lain, tetapi pada diri ki...
Ada di antara kita menganggap kejayaan itu adalah daripada hasil usaha kita memerah keringat siang dan malam mencari sesuap nasi demi kelangsungan hidup. Ada juga kejayaan itu dianggap seperti meredah badai di lautan. Itu sememangnya betul. Tapi, maksud kejayaan itu luas. Menilai kejayaan itu adalah daripada diri kita sendiri, yang bermula dengan mencontohi sifat Rasulullah SAW. Peribadi yang terpuji dengan sifat kesabaran yang terlalu tinggi. Memaafkan juga adalah satu sifat yang sepatutnya diamalkan dalam diri kita. Ada masa, kita lupa untuk memaafkan bila kita merasakan yang kita lebih tinggi daripada orang lain, jawatan lagi besar, menganggap yang betul hanyalah diri kita. Ada di antara kita berniaga, client buat hal, tapi lupa untuk memaafkan sikap client tu sendiri. Ada juga gagal dalam peperiksaan, lalu memilih untuk menyalahkan diri sendiri berbanding memaafkan diri sendiri. Memaafkan itu satu kemanisan iman. Memaafkan bukan bermaksud kita kalah, cuma kita me...
Comments
Post a Comment