Siapa mereka....? siapa kita...?


Assalamualaikum... =)

bila berbicara mengenai pahlawan, kita tidak dapat lari daripada tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan tenaga mereka semata-mata untuk menegakkan sesuatu perkara terutamanya untuk Islam...
selalu kita dengar nama-nama ni kan....?


- Saidina Abu Bakar As-siddiq
- Saidina Umar Al-Khattab
- Saidina Uthman Bin Affan
- Saidina Ali Bin Abi Talib


bila kita mengkaji semula sejarah para pejuang ini, sudah tentu mereka bukan calang-calang pejuang Islam...mereka adalah Khulafa' Ar-rasyidin....Saidina Abu Bakar As-siddiq mengembangkan syiar Islam dengan cara membanteras golongan2 murtad, Saidina Umar Al-Khattab berusaha menyatukan umat dengan penubuhan Majlis Syura,  Saidina Uthman Bin Affan dalam peperangan Tabuk, beliau telah mendermakan hartanya iaitu 950 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1,000 dinar untuk Islam dan Saidina Ali Bin Abi Talib orang yang paling zuhud di dunia....


kita....?apa yang kita sumbangkan untuk Islam...renung-renungkanlah...
ya...kita tidak sehebat mereka, tetapi usaha kita kearah kemajuan Islam itu penting...
kepada generasi muda yang akan mentadbir negara, persiapkan diri dengan iman, amal, takwa dan istiqamah dalam menegakkan Islam... =)


selama-lamanya Hari Pahlawan... =)


Comments

Popular posts from this blog

Karangan STPM - Faktor-faktor hilang semangat kejiranan (isi)

Geografi Alam Sekitar Fizikal -Bahangan Matahari,Bahangan bumi,proses-proses yang terlibat dalam imbangan Haba

Karangan STPM - Kepentingan Sukan (isi)